Pengurusan Kesihatan

Wednesday, August 16, 2006

Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat patut jadi teras kehidupan

oleh Khairul Azhar Idris

Pegawai Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia

25 April 2002



ISLAM sebagaimana yang difahami adalah gaya hidup lengkap dengan pelbagai panduan yang mencorakkan kesempurnaan ajarannya. Oleh itu, umat Islam tidak akan teraba-raba dalam mengharungi alam ini dalam keadaan yang tidak pasti atau keraguan. Ini termasuk isu berkaitan seksualiti yang juga aspek kehidupan yang amat peribadi bagi seseorang. Islam sentiasa cuba memberi panduan untuk mereka, termasuk remaja agar tidak timbul rasa bersalah pada kemudian hari.

Remaja adalah kelompok masyarakat yang amat besar nilainya bagi umat Islam. Mereka adalah bakal pemimpin dan pendakwah yang akan meneruskan kesinambungan masyarakat dan tamadun bangsa mereka. Sebagai pemimpin dan pembela akan datang, mereka wajar dibela dan dipelihara sebaik mungkin.

Di samping menyediakan suasana yang mampu meningkatkan potensi perkembangan dan kecemerlangan diri, remaja perlu dididik dan ditunjuk ajar pelbagai perkara baik. Era globalisasi, mendedahkan remaja dengan pelbagai gaya hidup dan persekitaran yang amat luas dan mencabar.

Cabaran dan dugaan ini tidak terhad, termasuk kegiatan kehidupan peribadi mereka yang berkaitan seksualiti. Ini adalah satu isu kerana remaja zaman ini, lebih terdedah dengan kesan berkaitan kegiatan seksual.

Pada asasnya, kegiatan seksual remaja berlaku akibat gaya hidup bersosial yang terlalu bebas dan tiada had. Kajian klinikal di Amerika Syarikat, mendapati bahawa remaja dan belia yang berusia di antara 17 dan 30 tahun adalah golongan yang paling ramai dijangkiti pelbagai penyakit jangkitan seks. Perkembangan ini dijangka berterusan kerana remaja adalah golongan yang paling aktif dan seterusnya menjadikan mereka sebagai kumpulan paling berisiko tinggi dijangkiti penyakit kelamin.

Selagi perubahan gaya hidup sihat tidak diamalkan, remaja akan terus menjadi kumpulan utama dijangkiti pelbagai penyakit jangkitan seks dan paling ramai menyebarkan penyakit jangkitan seks dalam masyarakat.

Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Perkembangan semasa menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit berbahaya disebabkan amalan gaya hidup yang tidak sihat. Malah, kebanyakan jangkitan oleh bakteria, virus dan kulat juga disebarkan oleh kegiatan gaya hidup yang tidak sihat ini. Contohnya, penyalahgunaan dadah boleh menyebarkan virus HIV yang menyebabkan penyakit Aids.

Ketagihan alkohol pula boleh menyebabkan penyakit kongenital, sindrom otak organik dan sebagainya. Perlakuan seks bebas boleh menyebabkan jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, gonorea dan sebagainya.

Gaya pemakanan yang tidak seimbang pula boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, kegemukan, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Di seluruh dunia, amalan seks bebas dan tidak sihat menjadi punca utama pelbagai penyakit jangkitan seks seperti disebutkan di atas.

Perkara ini akan berterusan dan akan menjadi bertambah buruk, melainkan amalan gaya hidup sihat menjadi teras kehidupan. Islam sememangnya menyediakan garis panduan sebagai asas kepada amalan gaya hidup sihat ini, terutama dalam mencegah penyakit jangkitan kelamin. Ini ditegaskan dalam firman-Nya bermaksud : “Janganlah kamu hampiri zina, kerana ia adalah seburuk-buruk perbuatan, yang membawa kepada kejahatan.” (Surah al-Israa’, ayat 32).

Dalam ayat itu, Allah dengan tegas memerintahkan umat Islam supaya menjauhkan diri daripada perzinaan, apatah lagi melakukannya. Ayat ini juga melarang manusia mendekati sebarang punca yang boleh membawa kepada zina. Mereka ditegah sama sekali membabitkan diri dengan perkara yang boleh mencetuskan zina seperti menonton filem atau membaca majalah lucah, bercerita mengenai perkara lucah, menjual atau membeli barangan berunsur lucah, bercampur gaul dengan bebas di antara lelaki dan perempuan dan memberi isyarat berunsur seks.

Pendekatan yang diberikan Islam ini lebih bersifat ‘behavioristic’ dan praktikal serta menjurus kepada kaedah pencegahan. Ia menuntut agar umat manusia tidak membiarkan diri mereka terjebak ke kancah perzinaan dan kemaksiatan. Perbuatan itu jika berlaku akan membawa kepada pelbagai kesan buruk yang mungkin membabitkan perbelanjaan, usaha dan tenaga banyak bagi tujuan rawatan dan perubatan. Malah, kadang kala nyawa pula menjadi pertaruhannya.

Remaja sebagai kelompok yang kurang matang (walaupun waras) sering gagal menilai kesan itu. Apa yang terlintas pada fikiran mereka hanya keseronokan tanpa menilai risiko dan kerugian yang akan dialami. Fikirlah, apakah mereka sekadar ingin menikmati keseronokan sementara sifatnya, tetapi akhirnya terpaksa menanggung kerugian dari segi kewangan, kesihatan dan mungkin nyawa. Amalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang diajar oleh agama.

Monday, August 14, 2006

Healhy Diet: Fruits & Vegetables

How much fruit and veg should I be eating?

Lots! Fruit and veg should make up about a third of the food you eat each day. And it’s also important to eat a variety. Five-a-day is a good, achievable target. If you count your portions each day it might help you to increase the amount you eat.
But what is a portion?

ONE portion = 80g = any of these
1 apple, banana, pear, orange or other similar sized fruit
2 plums or similar sized fruit
½ a grapefruit or avocado
1 slice of large fruit, such as melon or pineapple
3 heaped tablespoons of vegetables (raw, cooked, frozen or tinned)
3 heaped tablespoons of beans and pulses (however much you eat, beans and pulses count as a maximum of one portion a day)
3 heaped tablespoons of fruit salad (fresh or tinned in fruit juice) or stewed fruit
1 heaped tablespoon of dried fruit (such as raisins and apricots)
1 handful of grapes, cherries or berries
a dessert bowl of salad
a glass (150ml) of fruit juice (however much you drink, fruit juice counts as a maximum of one portion a day)
Getting your five portions a day

If you eat one or two portions with each meal and have the occasional fruit snack you might be surprised at how easy it is to eat five-a-day.
At breakfast you could:
--add a handful of dried fruit to your cereal
--eat half a grapefruit or an apple
--drink a glass of fruit juiceAt lunch you could:
--eat a bowl of salad
--have a banana sandwich
--have some fruit saladAt your evening meal you could:
--add vegetables or pulses to your curry, casserole or stir fry
--serve at least two types of vegetables with your fish, chicken or meat
And don't forget, when you fancy a snack, reach for an apple, banana or perhaps even some dried fruit.


Getting the most out of fruit and veg


Some vitamins and minerals can be easily lost when fruit and veg are prepared or cooked, so try to remember:
-- eat fresh fruit and veg as soon as possible rather than storing for a long time – or use frozen instead
-- don't overcook. Start with boiling water and cover tightly to keep in the steam, because this speeds up the cooking. You could use a steamer or a microwave
use as little water as possible when you cook fruit and veg. If you use the cooking water for sauce or soup, you'll recapture some of the lost vitamins and minerals
avoid leaving any vegetables open to the air, light or heat if they have been cut. Always cover and chill them. But don't soak, because vitamins and minerals can dissolve away
don't keep food hot for too long because vitamin levels start to drop within a few minutes


Why it's important

Fruit and veg are good sources of many vitamins and minerals, yet most of us don't eat enough of them.There is mounting evidence that people who eat lots of fruit and veg are less likely to develop chronic diseases such as coronary heart disease and some cancers. And don't forget, fruit and veg are also very low in fat.


Recommendations
Eat a wide variety of fruit and vegetables and aim for at least five portions a day.

Try to avoid:
--adding fat or rich sauces to vegetables (such as carrots glazed with butter)
--adding sugar or syrupy dressings to fruit (such as stewed apple)

sumber: http://www.eatwell.gov.uk/healthydiet/nutritionessentials/fruitandveg/



Piramid Makanan

Tingkah-Laku Berkaitan Kesihatan (Pengenalan)


Nota Kuliah
Pengurusan Kesihatan

15 Ogos 2006


Promosi Kesihatan

Falsafah bahawa kesejahteraan adalah pencapaian individu dan kumpulan
• Individu mengamalkan tabiat hidup sihat sepanjang hayat
• Ahli perubatan mendidik gaya hidup sihat & membantu pesakit menangani masalah kesihatan
• Ahli psikologi melaksanakan pencegahan melalui tingkah-laku sihat
• Pembuat polisi memberi maklumat tentang kesihatan dan menyediakan fasiliti serta sumber untuk menggalak gaya hidup sihat.
• Ahli perundangan menguatkuasakan undang-undang


Tingkah-laku Sihat

Tingkah-laku sihat adalah tingkah-laku yang diamalkan individu untuk meningkatkan atau mengekalkan kesihatan

Masalah penyakit berjangkit berjaya dikurangkan dengan inovasi perubatan dan langkah pencegahan. Bagaimanapun, penyakit yang boleh dicegah meningkat seperti barah paru-paru, penyakit kardiovaskular, ketagihan dadah dan arak serta kemalangan jalan raya

Kebaikan Tingkah-laku Sihat
• Mengurangkan kematian berkait gaya hidup tidak sihat
• Meningkatkan jangka hayat dan tahap kesihatan
• Bebas daripada penyakit kronik
• Mengurangkan belanjawan rawatan

Tabiat Kesihatan

Definisi: Tingkah-laku berkaitan kesihatan yang kukuh sebati dan selalu diamalkan secara automatik tanpa disedari.

Lazimnya bermula sejak kecil. Banyak dipengaruhi oleh faktor ibu bapa dan persekitaran membina serta sukar berubah. Justeru, tabiat kesihatan yang baik perlu dipupuk


Tabiat Kesihatan Berguna
• Tidur: 7-8 jam
• Tidak merokok
• Mengambil sarapan
• Tidak mengambil minuman keras
• Senaman berterusan
• Tidak makan di antara waktu makantidak berlebihan berat badan

Kajian Sihat
• Belock & Breslow (1972)
Tabiat kesihatan yang baik mengurangkan risisko penyakit, rasa lebih sihat dan kurang masalah tidak berupaya
9 tahun kemudian - kadar kematian rendah

Pencegahan Utama
• Menggalakkan gaya hidup sihat
• Mengubah gaya hidup tidak sihat

Strategi
• Perubahan tingkahlaku
- Berhenti merokok
• Mencegah tabiat kesihatan yang buruk
- Jauhi dadah

Faktor & Tingkah-laku Kesihatan
• Demografi: Pendidikan, bangsa, kelas sosial dsb.
• Umur: Bayi, kanak-kanak, remaja & dewasa
• Nilai: contoh- Senaman – baik/tidak?
• Kawalan individu: Persepsi terhadap kawalan diri/faktor luaran

Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah-laku Kesihatan
• Faktor Sosial
-Keluarga, rakan sebaya, rakan sekerja
• Matlamat Peribadi
-hli sukan à lebih bersemangat
• Simptom tanggapan
-Rokok : tekak
-Batuk : tidak sihat
• Pusat Penjagaan Kesihatan
-Mudah/susah
• Faktor Kognitif


Tabiat Kesihatan
• Tabiat kesihatan dibentuk semasa zaman kanak-kanak dan remaja
• Tabiat kesihatan yang buruk sukar diubah

-Menyeronokkan
-Ketagihan


Faktor Ketidakstabilan Tingkahlaku Kesihatan

Tabiat kesihatan berbeza dipengaruhi faktor berbeza: Contoh- rokok & senaman

Faktor berbeza mungkin mempengaruhi tabiat kesihatan yang sama bagi orang lain
Faktor berubah mengikut masa
Faktor kawalan berubah mengikut hayat individu
Paten , sebab dan faktor yang mengubah tingkah-laku kesihatan individu bersifat unik

Kesimpulan
• Tingkah-laku kesihatan dipengaruhi pelbagai faktor yang sentiasa berubah
• Sukar diubah
• Mencegah lebih baik daripada merawat

Pencegahan: Kanak-kanak & Remaja

Sosialisasi
-Sangat signifikan
-Ibu-bapa sebagai role model: tabiat memakai tali pinggang keledar, memberus gigi & bersarapan
-Remaja - rentan

Teachable Moment: terdapat masa terbaik untuk pendidikan tingkah-laku kesihatan
-Awal kanak-kanak – tingkah-laku keselamatan
-Pakej sistem penjagaan kesihatan: penjagaan bayi & gigi
-Kanak-kanak belajar bertanggungjawab
-3-4 tahun: tali pinggang keledar, makanan siht, gosok gigi, melintas selamat, tingkahlaku kecemasan (gempa bumi). Penerangan perlu diberi dengan jelas beserta dengan implikasi perbuatan.
-Masa mengandung
- Dewasa yang baru disahkan mendapat penyakit kronik

Menutup laluan rentan

- Junior sekolah tinggi antara masa terbaik bagi pembentukan tabiat kesihatan
-Mudah terpengaruh kepada rokok dan dadah kerana pengaruh rakan sebaya dan senior
-Pencegahan melalui sekolah adalah yang terbaik

Tingkah-laku kesihatan remaja mempengaruhi kesihatan setelah dewasa
- Tingkah-laku kesihatan yang baik semasa remaja membolehkan individu kurang berpenyakit apabila dewasa
- Perubahan perlu dibuat semasa remaja
- Bila dewasa sudah terlambat
- Barah kulit – pendedahan matahari secara melampau
- Osteoporosis – tabiat pengambilan kalsium


Pencegahan Individu Berisiko

Individu yang mempunyai ibu-bapa atau sejarah keluarga bermasalah

• Obesiti
• Barah payu dara
• Darah tinggi
• Sakit Mental
• Mati Mengejut

Keperluan Rawatan Pencegahan
-Mengurangkan risiko

-Membantu mengawal situasi
-Mengurangkan belanjawan perubatan
-Mengenalpasti faktor lain yang mempengaruhi penyakit


Permasalahan
- Tanggapan tidak realistik: anggap orang lain sama dan diri kurang berisiko
- Ekstrim berhati-hati atau abai terus


Pencegahan Individu Berisiko
• Isu Etika
w Bila sesuai amaran diberi?
w Ujian genetik
w Tiada pencegahan berkesan
w Langkah pencegahan terbaik?
w Dinamika keluarga – menyalahkan.

Promosi Kesihatan & Warga Emas
• Diet sihat
• Regim senaman berterusan –paling efektif
• Langkah mengelak kemalangan
• Mengawal ketagihan arak
• Menghapus tabiat merokok
• Mengurangkan penggunaan preskripsi ubat mengandungi dadah

Etnik & Gender: Tabiat & Risiko Kesihatan
• Etnik dan gender berbeza mempengaruhi tingkah-laku kesihatan
• Perbezaan perlu diambil kira

Sunday, August 13, 2006

Perkahwinan dan Kemurungan

Kahwin boleh atasi murung

NEW YORK: Adakah anda sunyi, tertekan, murung dan kesepian? Jika ya, penawar paling mujarab adalah berkahwin yang terbukti bukan setakat mengatasi masalah tekanan jiwa berkenaan tetapi dapat meningkatkan tahap dan kemampuan mental seseorang.

Ini bukan andaian tetapi hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Amerika Syarikat yang diumumkan semalam.Malah, kesan keindahan dan kenikmatan perkahwinan itu terhadap pesakit atau penghidap kemurungan ternyata amat dramatik sehinggakan turut mengejutkan kalangan penyelidik bergelar profesor dan pelajar yang terbabit dalam kajian berkenaan.“Hasil yang kami temui jelas bertentangan daripada apa yang dijangkakan,” kata Adrianne Frech, pelajar doktor falsafah Sosiologi Universiti Ohio. Dia bekerjasama dalam kajian itu bersama Kristi William, profesor madya jurusan sama.“Kami sebenarnya menjangkakan yang kemurungan seorang lelaki atau wanita akan menjadi lebih buruk apabila berkahwin. Tetapi ia terbukti sebaliknya. Adanya pasangan mampu mengurangkan simptom atau gejala akibat kemurungan berkenaan,” kata Frech.Frech membentangkan hasil penemuan mereka pada satu mesyuarat tahunan Persatuan Sosiologi Amerika di Montreal, Kanada, semalam.Menerusi kajian itu, penyelidik mengkaji 3,066 responden yang mengukur tahap gejala kemurungan seseorang seperti sukar tidur atau sering bersedih ketika individu itu bujang dan selepas berkahwin buat kali pertama.Mereka dapati kalangan yang murung mencatatkan pengurangan mendadak masalah tekanan jiwa itu.“
Orang murung sebenarnya memerlukan perhatian, layanan dan kemesraan. Itu semua hanya mampu dinikmati apabila berkahwin. Jika anda memulakan hubungan perkahwinan itu dengan penuh kegembiraan, maka usaha memulihkan masalah kemurungan itu tidak sukar,” katanya.
Frech bagaimanapun berkata, jika seseorang itu tidak mengalami kemurungan, perkahwinan sebaliknya berkemungkinan memberikan kesan sebaliknya jika pasangan mereka mengalami masalah berkenaan.“Mereka yang menikmati hidup bahagia ketika bujang akan mengalami masalah konflik atau berasa tersisih apabila berkahwin dengan pasangan murung.” – Reuters
Sumber: Berita Harian, 170806