Pengurusan Kesihatan

Sunday, August 13, 2006

Perkahwinan dan Kemurungan

Kahwin boleh atasi murung

NEW YORK: Adakah anda sunyi, tertekan, murung dan kesepian? Jika ya, penawar paling mujarab adalah berkahwin yang terbukti bukan setakat mengatasi masalah tekanan jiwa berkenaan tetapi dapat meningkatkan tahap dan kemampuan mental seseorang.

Ini bukan andaian tetapi hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Amerika Syarikat yang diumumkan semalam.Malah, kesan keindahan dan kenikmatan perkahwinan itu terhadap pesakit atau penghidap kemurungan ternyata amat dramatik sehinggakan turut mengejutkan kalangan penyelidik bergelar profesor dan pelajar yang terbabit dalam kajian berkenaan.“Hasil yang kami temui jelas bertentangan daripada apa yang dijangkakan,” kata Adrianne Frech, pelajar doktor falsafah Sosiologi Universiti Ohio. Dia bekerjasama dalam kajian itu bersama Kristi William, profesor madya jurusan sama.“Kami sebenarnya menjangkakan yang kemurungan seorang lelaki atau wanita akan menjadi lebih buruk apabila berkahwin. Tetapi ia terbukti sebaliknya. Adanya pasangan mampu mengurangkan simptom atau gejala akibat kemurungan berkenaan,” kata Frech.Frech membentangkan hasil penemuan mereka pada satu mesyuarat tahunan Persatuan Sosiologi Amerika di Montreal, Kanada, semalam.Menerusi kajian itu, penyelidik mengkaji 3,066 responden yang mengukur tahap gejala kemurungan seseorang seperti sukar tidur atau sering bersedih ketika individu itu bujang dan selepas berkahwin buat kali pertama.Mereka dapati kalangan yang murung mencatatkan pengurangan mendadak masalah tekanan jiwa itu.“
Orang murung sebenarnya memerlukan perhatian, layanan dan kemesraan. Itu semua hanya mampu dinikmati apabila berkahwin. Jika anda memulakan hubungan perkahwinan itu dengan penuh kegembiraan, maka usaha memulihkan masalah kemurungan itu tidak sukar,” katanya.
Frech bagaimanapun berkata, jika seseorang itu tidak mengalami kemurungan, perkahwinan sebaliknya berkemungkinan memberikan kesan sebaliknya jika pasangan mereka mengalami masalah berkenaan.“Mereka yang menikmati hidup bahagia ketika bujang akan mengalami masalah konflik atau berasa tersisih apabila berkahwin dengan pasangan murung.” – Reuters
Sumber: Berita Harian, 170806

0 Comments:

Post a Comment

<< Home