Tingkah-Laku Berkaitan Kesihatan (Pengenalan)

Pengurusan Kesihatan
15 Ogos 2006
Promosi Kesihatan
Falsafah bahawa kesejahteraan adalah pencapaian individu dan kumpulan
• Individu mengamalkan tabiat hidup sihat sepanjang hayat
• Ahli perubatan mendidik gaya hidup sihat & membantu pesakit menangani masalah kesihatan
• Ahli psikologi melaksanakan pencegahan melalui tingkah-laku sihat
• Pembuat polisi memberi maklumat tentang kesihatan dan menyediakan fasiliti serta sumber untuk menggalak gaya hidup sihat.
• Ahli perundangan menguatkuasakan undang-undang
Tingkah-laku Sihat
Tingkah-laku sihat adalah tingkah-laku yang diamalkan individu untuk meningkatkan atau mengekalkan kesihatan
Masalah penyakit berjangkit berjaya dikurangkan dengan inovasi perubatan dan langkah pencegahan. Bagaimanapun, penyakit yang boleh dicegah meningkat seperti barah paru-paru, penyakit kardiovaskular, ketagihan dadah dan arak serta kemalangan jalan raya
Kebaikan Tingkah-laku Sihat
• Mengurangkan kematian berkait gaya hidup tidak sihat
• Meningkatkan jangka hayat dan tahap kesihatan
• Bebas daripada penyakit kronik
• Mengurangkan belanjawan rawatan
Tabiat Kesihatan
Definisi: Tingkah-laku berkaitan kesihatan yang kukuh sebati dan selalu diamalkan secara automatik tanpa disedari.
Lazimnya bermula sejak kecil. Banyak dipengaruhi oleh faktor ibu bapa dan persekitaran membina serta sukar berubah. Justeru, tabiat kesihatan yang baik perlu dipupuk
Tabiat Kesihatan Berguna
• Tidur: 7-8 jam
• Tidak merokok
• Mengambil sarapan
• Tidak mengambil minuman keras
• Senaman berterusan
• Tidak makan di antara waktu makantidak berlebihan berat badan
Kajian Sihat
• Belock & Breslow (1972)
Tabiat kesihatan yang baik mengurangkan risisko penyakit, rasa lebih sihat dan kurang masalah tidak berupaya
9 tahun kemudian - kadar kematian rendah
Pencegahan Utama
• Menggalakkan gaya hidup sihat
• Mengubah gaya hidup tidak sihat
Strategi
• Perubahan tingkahlaku
- Berhenti merokok
• Mencegah tabiat kesihatan yang buruk
- Jauhi dadah
Faktor & Tingkah-laku Kesihatan
• Demografi: Pendidikan, bangsa, kelas sosial dsb.
• Umur: Bayi, kanak-kanak, remaja & dewasa
• Nilai: contoh- Senaman – baik/tidak?
• Kawalan individu: Persepsi terhadap kawalan diri/faktor luaran
Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah-laku Kesihatan
• Faktor Sosial
-Keluarga, rakan sebaya, rakan sekerja
• Matlamat Peribadi
-hli sukan à lebih bersemangat
• Simptom tanggapan
-Rokok : tekak
-Batuk : tidak sihat
• Pusat Penjagaan Kesihatan
-Mudah/susah
• Faktor Kognitif
Tabiat Kesihatan
• Tabiat kesihatan dibentuk semasa zaman kanak-kanak dan remaja
• Tabiat kesihatan yang buruk sukar diubah
-Menyeronokkan
-Ketagihan
Faktor Ketidakstabilan Tingkahlaku Kesihatan
Tabiat kesihatan berbeza dipengaruhi faktor berbeza: Contoh- rokok & senaman
Faktor berbeza mungkin mempengaruhi tabiat kesihatan yang sama bagi orang lain
Faktor berubah mengikut masa
Faktor kawalan berubah mengikut hayat individu
Paten , sebab dan faktor yang mengubah tingkah-laku kesihatan individu bersifat unik
Kesimpulan
• Tingkah-laku kesihatan dipengaruhi pelbagai faktor yang sentiasa berubah
• Sukar diubah
• Mencegah lebih baik daripada merawat
Pencegahan: Kanak-kanak & Remaja
Sosialisasi
-Sangat signifikan
-Ibu-bapa sebagai role model: tabiat memakai tali pinggang keledar, memberus gigi & bersarapan
-Remaja - rentan
Teachable Moment: terdapat masa terbaik untuk pendidikan tingkah-laku kesihatan
-Awal kanak-kanak – tingkah-laku keselamatan
-Pakej sistem penjagaan kesihatan: penjagaan bayi & gigi
-Kanak-kanak belajar bertanggungjawab
-3-4 tahun: tali pinggang keledar, makanan siht, gosok gigi, melintas selamat, tingkahlaku kecemasan (gempa bumi). Penerangan perlu diberi dengan jelas beserta dengan implikasi perbuatan.
-Masa mengandung
- Dewasa yang baru disahkan mendapat penyakit kronik
Menutup laluan rentan
- Junior sekolah tinggi antara masa terbaik bagi pembentukan tabiat kesihatan
-Mudah terpengaruh kepada rokok dan dadah kerana pengaruh rakan sebaya dan senior
-Pencegahan melalui sekolah adalah yang terbaik
Tingkah-laku kesihatan remaja mempengaruhi kesihatan setelah dewasa
- Tingkah-laku kesihatan yang baik semasa remaja membolehkan individu kurang berpenyakit apabila dewasa
- Perubahan perlu dibuat semasa remaja
- Bila dewasa sudah terlambat
- Barah kulit – pendedahan matahari secara melampau
- Osteoporosis – tabiat pengambilan kalsium
Pencegahan Individu Berisiko
Individu yang mempunyai ibu-bapa atau sejarah keluarga bermasalah
• Obesiti
• Barah payu dara
• Darah tinggi
• Sakit Mental
• Mati Mengejut
Keperluan Rawatan Pencegahan
-Mengurangkan risiko
-Membantu mengawal situasi
-Mengurangkan belanjawan perubatan
-Mengenalpasti faktor lain yang mempengaruhi penyakit
Permasalahan
- Tanggapan tidak realistik: anggap orang lain sama dan diri kurang berisiko
- Ekstrim berhati-hati atau abai terus
Pencegahan Individu Berisiko
• Isu Etika
w Bila sesuai amaran diberi?
w Ujian genetik
w Tiada pencegahan berkesan
w Langkah pencegahan terbaik?
w Dinamika keluarga – menyalahkan.
Promosi Kesihatan & Warga Emas
• Diet sihat
• Regim senaman berterusan –paling efektif
• Langkah mengelak kemalangan
• Mengawal ketagihan arak
• Menghapus tabiat merokok
• Mengurangkan penggunaan preskripsi ubat mengandungi dadah
Etnik & Gender: Tabiat & Risiko Kesihatan
• Etnik dan gender berbeza mempengaruhi tingkah-laku kesihatan
• Perbezaan perlu diambil kira
0 Comments:
Post a Comment
<< Home